Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Thursday, August 18, 2011

Salam Jumaat Nadi Chinta

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat pada my luvely frenz...hari nie hari jumaat penghulu segala hari...renung-renungkan selamat beramal....wahhh dah mcm ustad izzi hot fm plak..heheheh hari nie nadi chinta sampai opis awal jugalah tapi taklah seawal masa dulu2....bila hari jumaat nadi chinta pun kenalah pakai baju melayu...hari nie nadi chinta dah macam hulubalang istana coz pakai baju melayu hitam siap bersampin..baju yang di sponsored masa nadi chinta jadi sekretariat pertabalan DYMM Yang-Dipertuan Besar Negeri Sembilan...bila tengah betul2 kan sampin nadi chinta tgk kt cermin rasa2 bentuk badan mcam dah kurus je..hehehe biasalah bulan pose...alhamdulilah ada juga perubahan positif berat badan nadi chinta bulan pose ni..so nadi chinta harap kalian semua akan ceria dan terus ceria dalam meneruskan kehidupan hari ni,,,oklah nadi chinta nak bt keje nnt dicap makan gaji buta plak xpun nanti kata unit nadi chinta xde keje...opssss terlebih sudah...tiada kena mengena samada yang hidup ataupun yang mati...kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi...Insyallah

Salam Jumaat Nadi Chinta....

Wednesday, August 17, 2011

Salam Batik Nadi Chinta...

Assalamualaikum wbt dan salam batik satu malaysia pada semua rakan2 tersayang..hari nie dimulakan dengan kelewatan nadi chinta...huhuhu muncul charlie chaplin season ke-2...apa lagi nadi chinta dah mcm mc schumacer (ferari). akhirnya sampai juga nadi chinta di opis...pagi nie nadi chinta segak bergaya memakai baju batik satu malaysia...warna merah makngah....hehehe pagi nie ada program knowledge sharing bagi bahagian pengurusan sumber manusia..tajuk ialah Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2004 (Bab Pertukaran)..so nadi chinta harap hari nie kalian seceria ibarat baju batik satu malaysia...heheheh. oklah nadi chinta nak memulakan perjuangan yang masih belum diselesaikan..take care guys an luv u all...

samb........
pagi nie nadi chinta dk kat stor peperiksaan..bukan nadi chinta makan taw..tak baik tuduh seseorg yang sdg berpose..heheh nadi chinta dan staff bersama-sama menyediakan kertas peperiksaan induksi umum..so kepada semua peserta kursus pasnie nantikan jawapan yang baru..heheheh pecah rekod hari nie nadi chinta tak balik umah tengahari. nadi chinta bt keje..perghh boleh dicalonkan pekerja cemerlang tahun depan...sambil menyelam minum air sirap sikit.hehehehe apa lagi update blog nadi chintalah...so ptg nie xde idea nak beli juadah berbuka pose kat bazar ramadhan...tgklah nanti.. tapi apa yang nadi chinta nak bagitau berat badan nadi chinta dah turun 4kg..alhamdulilah...pasnie bolehlah nadi chinta jadi mcm aoran aziz ataupun jehan miskin...chaiyok... :)
Salam Batik Nadi Chinta

Monday, August 15, 2011

Rumah Nadi Chinta Kedamaian Kehidupan

Alhamdulilah berkat kerja kuat nadi chinta membuat satu keputusan untuk membeli sebuah umah atas nama nadi chinta sendiri..nadi chinta berfikir sampai bila nak enjoy sedangkan org lain sibuk mengumpul dan membuat aset..nadi chinta membuat keputusan untuk membeli umah di Taman Pulai Perdana, Seremban dengan harga...tut tut tut x perlu tahulah ye..sekembalinya nadi chinta menunaikan haji pada tahun 2010 terus mengambil kunci dari pemaju dan membersihkan umah tue..macam x caya je nadi chinta dah punyai umah sendiri..alhamdulilah...umah nie juga kejutan kepada isteriku kerana dia x tahu yg nadi chinta dh mempunyai umah sebelum kami dilangsungkan...rumahku ini adalah berkat usaha nadi chinta selama nie..rumah nadi chinta adalah tepat yang paling damai dalam hidup nadi chinta...

Salam Kedamaian Nadi Chinta




Sunday, August 14, 2011

Selamat Pagi Isnin dari Nadi Chinta

Selamat pagi isnin pada semua yang nadi chinta sayangi..pagi nie bersahur dengan family tercinta dalam suasana yang hening dan sejuk coz hujan..menu bersahur nadi chinta pagi nie lauk lemak ngan nugget...oklah daripada takdekan...hari nie nadi chinta siap awal untuk memulakan alam pekerjaan sebab nadi chinta xnak jadi charlie chaplin lagi dan tersekat dalam trafiic jammed...time management is very important....oleh sebab itu, pkl 6.45am nadi chinta dan sampai kat opis...alangkah tenang dan nyamannya opis...apa lagi nadi chinta melayari FB dan of course mengemaskini blog nadi chinta... semoga hari ini memberikan nadi chinta dan rakan taulan satu sinar keceriaan dalam menghadapi liku-liku kehidupan..

Salam Isnin Nadi Chinta  

Saturday, August 13, 2011

Nadi Chinta Berjimba-Jimba Di Malam Minggu....

Lepas majlis berbuka pose di umah mteh...lepaking jap pastue terus kuar ngan my luv mum, wife n my little bro untuk aktiviti berjimba-jimba di malam minggu.. 1st destination adalah uptown ampangan...mmg terbaiklah..banyak juga pelaburan aku bt kat sana tapi khas untuk my luv wifelah,,,apa lagi tudung pelbagai corak..nadi chinta dan family menikmati kemeriahan uptown ampangan...tgh pilih2 baju kat kedai shah terjumpa plak dgn si nur fatimah ngan remy....adus ramai plak yang kenal nadi chinta kat uptown ampangan...famous mcm artis plak nadi chinta malam tue...hehehe.. tapi yang sedih takde benda yang menarik perhatian nadi chinta...pas berjimba-jimba di uptown ampangan, nadi chinta dan family meneruskan perjalanan ke uptown senawang....so di up town senawang apa yg nadi chinta boleh bgtau langsung xde yg menarik perhatian...baju2 kat cna mungkin stok 4 tahun lepas..hehehehe berjimba-jimba nadi chinta tgk jam tangan dh pkl jam 2.00am..pergh mmg kalau dh berjimba2 smp xingat masa...apa2 pun happy dpt spend time with my family...yg ptg diorg enjoy..

Salam Berjimba nadi Chinta

Friday, August 12, 2011

Salam Minggu Nadi Chinta

salam minggu to all my frenz..hari nie hari cuti so nadi chinta berehat2 di rumahku syurgaku. masa-masa cuti nie lah nadi chinta dapat berehat setelah banyak dugaan yang nadi chinta harungi minggu lepas..mungkin ada hikmah disebalik dengan  apa yang terjadi. so program nadi chinta hari nie ada jemputan berbuka pose di rumah makteh(makcik saudara my wife) di warisan puteri. so kenalah attend kalau x takut nadi chinta dikategorikan katak bawah tempurung,heheh xnaklah nadi chinta kalau prince frog boleh dipertimbangkan,rasanya malam nie nak gie berjimba-jimba ngan familly aku di uptown, ampangan. saja nadi chinta nak cuci-cuci mata..so nantikan aktiviti2 berjimba-jimba nadi chinta malam nie..

Salam Berjimba Nadi Chinta..

Thursday, August 11, 2011

Ilham Dekorasi Nadi Chinta...

hari nie nadi chinta suti sakit(mc) gara-gara mengorbankan gigi garhamnya semalam..thanxs Dr. Louis kerana berjaya mencabut gigiku smlm...so hari nie nadi chinta berehat di rumahku syurgaku...mula2 menenangkan fikiran untuk mendapat ilham dekorasi untuk hari nie...1st stage adalah menyapu keseluruhan ruang tamu, kemudian mengemop, dan stage yg paling nadi chinta suka adalah masa untuk dekorasi...setelah memerah otak nadi chinta terhasillah dekorasi nadi chinta hari ini untuk bahagian ruang tamu....walaupun sakit akibat korban gigi semalam tetapi apabilan melihat hasil dekorasi hilang semua sakit nadi chinta. thanxs Ambi Pur kerana mewangikan umah nadi Cinta.

Haruman Ambi Pur Ilham Nadi Chinta

Wednesday, August 10, 2011

Korbannya Gigi Nadi Chinta..

Dugaan di bulan Ramadhan buat 2 tahun berturut-turut...ptg nie nadi chinta kentalkan diri untuk pergi dental surgeon bg mendapat rawatan gigi..doktor bgtau gigi belakang nadi chinta kena dicabutkan..adus benda tue yg paling nadi chinta takutkan...mula- mula doktor bagi bius dalam masa 15 minit..pastue bibir nadi chinta dah mcm ning baizura...apa lagi doktor tue amik playar terus membuatkan nadi chinta kecut perut...cara doktor tue cabut dah mcm cabut paku yg diketuk pada papan kayu....menjerit juga nadi chinta....tak smp 3 minit terkorbanlah gigi nadi chinta sebatang.huhuhu esok nadi chinta dapat mc...di jauh lubuk hati nadi chinta agak kecewa juga kerana gara2 cabut gigi nie nadi chinta terpaksa mengorbankan pose hari ini...Harap2 ada hikmah disebaliknya. oklah nadi chinta nak berehat selepas korbannya gigiku..so my frenzx doakan nadi chinta dalam keadaan baik...thanxs

Salam Nadi Chinta dari Dental Surgeon...


Tuesday, August 9, 2011

Selamat Pagi Cinta.....

Assalamualaikum wbt dan salam satu malaysia...selamat pagi cinta to all my frenzs...hari nie nadi chinta bgn lewat lg gara2 confident yg alarm akan berbunyi..mmg alarm berbunyi tapi nadi chinta tutupkan balik...hehehehe sedar2 hari dah terang dan jam menunjukkan tepat 6.53am...apa lagi hari kedua kemunculan charlie chaplin....nadi chinta pun konfius samada dah mandi ke belum...hehehe tgk muka kat cermin rasa macam tak hensem je..rupanya nadi chinta belum mandi lg..apa lagi teruslah mandi. walaupun lambat bgn tetapi kepakaran nadi chinta memandu kete kesayangan Myvi Hitam NBW 600, cara pemanduan nadi chinta ibarat memandu kete Ferari ala2 Mc Schumancer menyebabkan nadi chinta on time sampai opis.alhamdulilah... pengajaran kepada nadi chinta pagi nie jgnlh tido selepas bersahur...so nadi chinta wake up k...

Salam Pagi Ceria Nadi ChintaKu

Berbuke Pose di Rumah Nenek Isteri Nadi Chinta..

Assalamualaikum wbt..selamat berbuka pose..hari nie nadi chinta dan wife berbuka pose diumah nenek wife nadi chinta atau panggilan manja makwan di taman hijau..kat umah mwan ada makcu, haikal, maisarah, hanna, wife nadi chinta dan nadi chinta sendiri..seperti biasa masakan mwan mmg membuka selera nadi chinta. menu mwan ayam masak lemak cili api, sayur taugeh goreng, ikan sepat masak belada..perghh mmg terbaik..kepada anak2 buah n cucu2 mwan jgn makan hati k...nanti balik raya boleh rasa.hehehehe thanxs mwan atas masakan yg paling sedap..syukran rezeki kami semua di bulan ramadhan..oklah nadi chinta nak berehat untuk memulakan hari esok yang cukup indah.

Salam Kasih Nadi Chinta

Labuan Destinasi CintaKu

Salam semua..keluarga mertua nadi chinta stay kat Labuan, Sabah tapi bukan org sabah ye...bapa mertua keje di Labuan sebagai apa? takpelah ye...so family mertua nadi chinta dah 5 tahun duk kat labuan..so nadi chinta mula2 merisik bakal org ghumah dengan gamble n kejantanannya pun di Labuan..gigih dgn semangat kental nadi chinta pergi ke Labuan untuk berjumpa dgn bakal keluarga mertua(masa tuelah) untuk mendapat persetujuan untuk mengikat anak dara mereka (merangkap isteri nadi chinta skunklah)..apa lagi nie 1st time nadi chinta berkobar2 bersedia untuk menjadi suami kepada anak dara mereka..mula2 keluar juga peluh jantan nadi chinta tapi hensem kena control juga...alhamdulilah berkat kejujuran nadi chinta dalam perhubungan lamaran nadi chinta direstui oleh keluarga mertua..syukran.. nadi chinta rasa masa tue mcm dunia nie nadi chinta yang punya..Dengan ikatan ini Labuan adalah Destinasi Cinta Nadi Chinta selama ini.

Salam Labuan Destinasi Chintaku

Monday, August 8, 2011

Selamat Pagi Chinta

Selamat Pagi Chinta to all my frenz..pagi nie nadi chinta nak rasa mcmana bangun lewat..biasalah kalau dah lewat dia punyer persiapan dah mcm charlie chaplin..tersekat plak kat traffic jammed...adus mmglah mencabar minda dan kesabaran.. kalau kebiasaannya nadi chinta sampai awal kat opis tapi bila rasa lewat mmg mental koyak dengan jammed lagi tambahan minyak pun dah bling-bling...apa lagi gabralah...tapi yg plg ptg sampai opis on time..minyak tue tghari baru isi..heheheh oklah frenzs semoga hari nie memberi sinar kebahagian kepada kalian dan memberi kekuatan dan ketabahan kita menghadapi pose hari nie...

Salam Chinta di Pagi Yang Indah

Sembang- Sembur Nadi Chinta..

Assalamualaikum wbt semua my fren..hari nie 08.08.2011(Isnin) hari pertama bekerja selepas cuti sabtu dan ahad..seperti biasa hari nie takde apa yang menarik cuma nadi chinta mengupdate blog "Nadi ChintaKu'..semakin hari semakin gempaq plak blog nadi chintaku..tapi memerlukan sokongan rakan2 untuk menjayakan blog nie..bulan pose nie nadi chinta selalunya berbuka pose di rumah bonda bersama ngan adikku yg tersayang..adik ipar aku pun join sama..nak tahu adk ipar aku sape..saper lagi kalau bukan fazila hanna..happening sungguh umah bonda nadi chinta...oklah nadi chinta dah mengantuk esok nak bersahur..kepada kalian semua..selamat bersahur and miss n luv u all...

Selamat Malam Nadi Chinta

Sunday, August 7, 2011

Masa Depan Nadi Chinta Bermula...

Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia...selepas tamat pengajian di Uitm, Shah Alam aku memulakan kerjayaku dengan bekerja di Multi-purpose Insurance di Kuala Lumpur sebagai Claims Executive selama 2 tahun. dengan pelbagai dugaan di Kl aku mengorak langkah ke dunia 'customers service' di Astro Broadcasting...Chewah mcm artis plak nadi chinta....selama 1 tahun di dunia 'customer service' masa depan nadi chinta telah ditentukan oleh Allah swt. setelah menghadapi onak duri dan ranjau kehidupan nadi chinta ditawarkan keje sebagai Penolong Pegawai Tadbir. dengan kata lain keje gomenlah. Nadi chinta dimulakan dengan Kursus Asas Penolong Pegawai Tadbir di Everlyn Hotel, Melaka selama 5 hari. banyak kenalan nadi chinta kenali iaitu sahabat baik nadi chinta smp skunk Nasrul. nadi chinta ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Unit Latihan dan Kompetensi. 2011 genap nadi chinta 4 tahun disini banyak dugaan dan liku2 kehidupan aku bersama-sama di Unit Latihan. staff nadi chinta banyak memberi sokongan(shah, hazriq, kak ram, ina, ina falina, ikhwan,pn kamnah, cik ida, en. amri) dan banyak lagi..thanxs guys...

KeluargaKu SyurgaKu..

Assalamualaikum wbt...minggu nie aku n my wife lepak kat umah my mum kat dusun nyiur....keadaan mak selepas operation alhamdulilah semakin baik dr semasa ke semasa....berkat doa anak2,menantu,saudara2 dan rakan..hari sabtu my lovely wife masak untuk makan tghari..menu ayam goreng balada, dan masak lemak putih..perghh samp menjilat jari..malam minggu pkl 12.00am pagi aku, my wife, my mum and my brother kuar jalan2 melihat cahaya malam bandar seremban..mula2 rewang2 kat dataran senawang, tapau mcdonald..GCB menjadi pilihan...hehe pastue melihat cahaya2 lampu neon sekitar bandar seremban...cukup indah... minggu ini minggu yang happy dapat luangkan masa bersama my luvely mum....

Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-3, Kuantan Pahang

Alhamdulilah..selama 5 hari 4 malam kontijen N9 berkampung di Hotel Seri Malaysia, Kuantan bagi Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-3....Dimulakan dengan Perasmian Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-3 di Dewan Tertutup...Majlis diadakan dengan penuh meriah....bagi pasukan Bowling N9, prestasi amat mendukacitakan apabila hanya mendapat tempat ke-10(lelaki), ke-9(perempuan), ke-4(VVIP) dan keseluruhan N9 mendapat tempat ke-6...keseluruhan N9 hanya memperolehi 2 gangs melalui bola jaring dan badminton...nantikan episod suka dua aku di Kuantan, pahang

Kemunculan Boyan Crew.....

Atas kata sepakat dan kerjasama lahirlah boyan crew pada tahun 2009.. Boyan Crew diilhamkan oleh semua sepupu2ku sebelah mak aku...pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan contohnya Futsal, dan Badminton. paling bestnya pakcik2 n makcik2 aku paling sporting coz join sama walaupun dah kategori warga emas.. :) semoga ikatan ukhuwah yang kami bina ini akan kekal sampai bila2.

Timb. Pengerusi Boyan Crew

Bazar Ramadhan Ampangan....

seperti biasa nadi chinta bersama keluarga akan pergi ke Bazar Ramadhan..di seremban, bazar ramadhan yang paling famous dah tentunya Bazar Ramadhan Ampangan..banyak juadah dan kuih-muih yang boleh didapati disini..makku dah ada tempat yang selalu dia kunjungi iaitu kedai makcik (aku x tahu nama dia)...lauk-pauk dia mmg sedap.sebulan puasa sebulan juga mak aku beli kat makcik tue..menu nadi chinta biasa je..air soya confirm ada atas meja...oklah untuk hari nie...kita sambung dilain masa untuk episod2 yang lebih menarik..

Salam Ramadhan dari Nadi Chinta

Saturday, August 6, 2011

Pemergian Abah untuk Selama-lamanya...

Alhamdulilah selepas melakukan pembedahan batu karang abah semakin sihat. abah berjalan di seluruh hospital Columbia, Seremban tanpa sebarang kesakitan..aku, adikku n ibukku bersama2 bermalam di hospital demi memastikaan keadaan abah baik dan sihat. abah berborak, bergumbira bersama-sama kami sekeluarga.makanan yang terakhir kami makan bersama adalah mee hon putih..ptg tue aku dan mak balik umah untuk memasak makanan abah..sedang mak sibuk memasak kami menerima panggilan dari saudara yg berada dihospital bagitau abah x bermaya dan lemah. aku dan mak terus pergi ke hospital tanpa bawa makanan yang baru dimasak.Ya allah tak sanggup aku tgk keadaan abah masa tue..terlalulemah dan x boleh bergerak...x sampai 15 minit kami lihat abah sihat bertukar menjadi selemah-lemahnya...doktor cakap abah kurang vitamin...sampai malam kami melihat keadaan abah tiada perubahan..malam tue abah suruh aku n adikku memicit kedua2 kakinya...abah suruh aku n adikku balik dan mak yang menjaganya...hati aku tak menentu..aku n adikku berehat di rumah..tepat jam 2.00am, aku dapat call dari mak mengatakan abah dimasukkan kedalam ICU...kedengaran suara mak yang menangis..aku n adikku terus ke hospital.makanan yang terakhir abah minta di ICU adalah biskut dan mengatakan abah lapar... :'( satu hari aku dan keluarga berada di ICU. tepat jam 6.45pm (05 Februari 2008) doktor2 yg merawat abah memberitahu mereka tel

ah sedaya upaya membantu dan akan menanggalkan bantuan penafasan abah...Tuhan saja yg tahu perasaan aku sebagai anak sulung..Jam 745pm abah pergi untuk selama-lamanya meninggalkan aku, adikku dan makku...sekelip mata abah pergi dikala kami baru saja merancang untuk bercuti bersama...Abah...aku berjanji akan menjaga adik, mak sebaik mungkin dan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. aku mendoakan abah ditempatkan disisi org2 yang beriman dan dimasukkan ke dalam syurga firdaus..amin..

Salam Rindu dari Anakmu...

Market time...

Assalamualaikum wbt n gud muning semua warga malaysia...pagi nie nadi chinta mulakan dengan aktiviti market time at Pasar Besar, Seremban...biasalah bulan2 pose nie membeli keperluan berbuka pose dan yg penting adalah perbelanjaan berhemah dan tidak membazir...wife nadi chinta membeli ayam dan sayur-sayuran je....so juadah berbuka pose hari nie lauk ayam dan sayuranlah...yg penting nadi chinta tak makan sayur... :)

Salam Nadi Chintaku

Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum wbt kepada semua rakan taulan..hari nie genap 6 hari kami berpuasa...alhamdulilah kami sekeluarga berpuasa bersama-sama..aku, isteriku, bondaku dan adikku berbuka bersama di taman dusun nyiur...tahun nie genap 3 tahun arwah abah pergi untuk selama-lamanya namum arwah abah sentiasa dihati kami..semoga ramadhan ini memberi sinar cahaya dan kebahagian dalam hidup kami sekeluarga..tahun nie aku dan isteri menunaikan solat terawikh di surau pulai, seremban manakala adikku dan bonda seperti biasa di surau dusun nyiur..

Kursus Induksi: Modul Induksi Umum Siri 4/2011

Salam bermula 16 hingga 24 Julai 2011 bertempat di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri, Port Dickson diadakan Kursus Induksi: Modul Induksi Umum Siri 4/2011. macam-macam kenangan indah bersama peserta kursus..ada yang lebam tangan kena spike pen. penyelaras kursus...ada yang sedih kena marah..last2 buat pertama kalinya airmata pen.penyelaras nyaris terkeluar..walauapapun korang memang best.. 'Biarlah Bulan Bicara'

Nur filza Adila Nadi HidupKu

25 September 2009(Jumaat) tepat jam 2.45pm aku sah menjadi suami kepada Nur Filza Adila binta Ahmad Khir. Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar walaupun sebanyak tiga (3) kali akad nikah...hehehhe Thanxs sayang kerana sudi menerima diri ini..semoga bahtera yang kita bina akan sentiasa berlayar hingga akhir nanti...Kau Kekasihku hingga Syurga Cinta kita...

Panggilan Illahi 1431H

Alhamdulilah setelah kami sekeluarga menunaikan umrah di tanah suci pada bulan Mac 2009. aku dan bonda mendapat berita yang paling gembira iaitu kami diutuskan sepucuk surat daripada Tabung Haji untuk menunaikan Haji pada tahun 2009...aku terlalu bersyukur walaupun aku menggantikan tempat arwah abah namum demi memakbulkan doa bondaku aku nekad untuk menjadi mahram bondaku..banyak dugaan yang aku tempuhi sebelum menunaikan haji...pada september 2009 aku menamatkan zaman bujangku dan pada oktober 2009 aku dan bonda berangkat ke tanah suci dan terpaksa meninggalkan isteriku yang baru aku kahwini 1 bulan. namun pengorbanan ini adalah pengorbanan yang suci dan menjadi impian semua umat islam untuk menjadi tetamu Allah swt...Terima kasih Allah swt kerana sudi menerima aku dan bondaku sebagai tetamumu....Alhamdulilah

Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-3, Kuantan Pahang

Alhamdulilah..selama 5 hari 4 malam kontijen N9 berkampung di Hotel Seri Malaysia, Kuantan bagi Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-3....Dimulakan dengan Perasmian Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-3 di Dewan Tertutup...Majlis diadakan dengan penuh meriah....bagi pasukan Bowling N9, prestasi amat mendukacitakan apabila hanya mendapat tempat ke-10(lelali), ke-9(perempuan), ke-4(VVIP) dan keseluruhan N9 mendapat tempat ke-6...keseluruhan N9 hanya memperolehi 2 gangs melalui bola jaring dan badminton...nantikan episod suka dua aku di Kuantan, pahang

Pengorbanan Nadi Chinta pada Bondanya

Assalamualaikum wbt...hari nie 20 Julai 2010(Selasa) aku memohon cuti sehingga minggu depan kerana ingin menjaga ibukku yang baru melakukan pembedahan...alhamdulilah keadaan ibuku semakin baik cuma harus dipantau pergerakkannya sebab baru saja kuar dari Hospital KPJ, Seremban...Pengorbanan aku ini tidak dapat menandingi pengorbanan mak dan arwah abah yang membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang mereka sehingga aku berjaya hingga kini...kepada ibuku,,aku akan jaga sebaik2 mungkin dan syurga itu di bwh telapak kaki ibu..dan kepada arwah abah...yem sedekahkan Al-Fatihah semoga abah ditempatkan disisi org2 yang beriman dan dimasukkan kedalam Syurga Firdaus...Amin...

Friday, August 5, 2011

Nadi Chinta di Menara Gading

aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di Politeknik Shah Alam dalam jurusan Diploma Insurans....bermula tahun 1999 selepas SPM1998..banyak kenangan di Politeknik.rakan2 yang sama di saat susah senang..zali,dass,apit wan black, nik, uncle shen, mokhtar(besi), asri, din(panjang), nazri...korang memang best..tmpt2 yg dirindui...tapau makan tgahri(nasi bungkus) kat taman seri muda sek25..hehe rumah sewa sek25 banyak kenangan indah..roomate aku the only one dass..heheh rakan rempit aku ke kelas sape lai razali..hehehe 2002 kitaorg grade dengan jayanya...aku top 3 best student..pas tue aku ditawarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan kepujian(insurans) di UiTM Shah Alam...5 my bestfren dari poly juga dapat tawaran..juriana, ayu, nik, dan murni...kami berlima sentiasa bersama disaat susah dan senang....sepanjang 3 tahun di UiTM aku menginap di Kolej Perindu..the only one kolej lelaki kat dalam kampus...kira grandlah....yg paling best aku terlibat dalam dikir barat sri perindu..bukan calang2 pasukan dikir barat..aku dgn seorg budak sabah yg join dikir ni..selebihnya kelatanese...pasukan dikir ini merangkul kejuaraan dikir barat seluruh ipta di usm,penang...kawan baik aku rusydan juga budak kelate...kami sebilik selama 2 tahun...kami dah mcm adik beradik n keluarga dia dah ku anggap mcm keluarga sendiri,,,,nantikan sambungnya nanti...

Kewujudan Nadi Chinta

aku mulakan dengan sejarah hidupku.aku dilahirkan pada 13 Oktober 1981 di Hospital Besar Seremban tepat jam 6.02 pagi..Ayahku bernama Mohd Hussain bin Mohd Nor manakala ibuku bernama Rosina binti Awee.aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Bapaku bekerja di Tenaga Nasional Berhad(dulu Lembaga Letrik Negara), ibuku pula di Sek.Men. Teknik Ampangan...aku mula mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Sri Kelana, Seremban manakala Sekolah Menengah di Sek.Men. Dato' Sheikh Ahmad..alhamdulilah aku mendapat Gred 1 dalam SPM dan kedua ibu bapaku amat2 bangga ngan diriku..aku mendapat seorang adik pada 21 September 1990 iaitu Mohd Faizal bin Mohd Nor...aku terlalu sayangkan hanya satu adikkku.ok nantikan pengalaman dan kenangan aku ketika menuntut di Institusi Pengajian Tinggi untuk peringkat diploma dan ijazah sarjana muda....

Nadi Chintaku..

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Satu malaysia..Selepas kemunculan Diari Ibfil sebelum nie...kemunculan julung kalinya Blog "Nadi CintaKu' khas untuk kalian semua. 'Nadi ChintaKu' mengupas kehidupanku selama ini..nantikan cerita2 dan sejarah Nadi ChintaKu...


Nadi Chintaku

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin