Alhamdulilah selepas melakukan pembedahan batu karang abah semakin sihat. abah berjalan di seluruh hospital Columbia, Seremban tanpa sebarang kesakitan..aku, adikku n ibukku bersama2 bermalam di hospital demi memastikaan keadaan abah baik dan sihat. abah berborak, bergumbira bersama-sama kami sekeluarga.makanan yang terakhir kami makan bersama adalah mee hon putih..ptg tue aku dan mak balik umah untuk memasak makanan abah..sedang mak sibuk memasak kami menerima panggilan dari saudara yg berada dihospital bagitau abah x bermaya dan lemah. aku dan mak terus pergi ke hospital tanpa bawa makanan yang baru dimasak.Ya allah tak sanggup aku tgk keadaan abah masa tue..terlalulemah dan x boleh bergerak...x sampai 15 minit kami lihat abah sihat bertukar menjadi selemah-lemahnya...doktor cakap abah kurang vitamin...sampai malam kami melihat keadaan abah tiada perubahan..malam tue abah suruh aku n adikku memicit kedua2 kakinya...abah suruh aku n adikku balik dan mak yang menjaganya...hati aku tak menentu..aku n adikku berehat di rumah..tepat jam 2.00am, aku dapat call dari mak mengatakan abah dimasukkan kedalam ICU...kedengaran suara mak yang menangis..aku n adikku terus ke hospital.makanan yang terakhir abah minta di ICU adalah biskut dan mengatakan abah lapar... :'( satu hari aku dan keluarga berada di ICU. tepat jam 6.45pm (05 Februari 2008) doktor2 yg merawat abah memberitahu mereka tel
ah sedaya upaya membantu dan akan menanggalkan bantuan penafasan abah...Tuhan saja yg tahu perasaan aku sebagai anak sulung..Jam 745pm abah pergi untuk selama-lamanya meninggalkan aku, adikku dan makku...sekelip mata abah pergi dikala kami baru saja merancang untuk bercuti bersama...Abah...aku berjanji akan menjaga adik, mak sebaik mungkin dan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. aku mendoakan abah ditempatkan disisi org2 yang beriman dan dimasukkan ke dalam syurga firdaus..amin..
Salam Rindu dari Anakmu...
semoga dapat menjadi ketua keluarga dgn baik.. dan al-fatihah utk arwah abah.. (terkenang jugak saat menjaga dan melihat arwah abah saya menghembuskan nafas yg terakhir)
ReplyDeletealfatihah...semoga rohnya damai disana.... amin...
ReplyDelete