Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Friday, October 21, 2011

Kasih Ayah dan Ibu.

salam semua..hari nie hari khamis..nadi chinta ada program kemasyarakatan sosial dirumah Sri Kenangan, Seremban bagi peserta kursus induksi: modul induksi umum siri 5/2011. peserta di bawa jam 7.30am dari rumah peranginan kerajaan negeri, port dickson.


banyak program yang telah dirancang oleh pihak rumah sri kenangan, seremban.. program pertama ada taklimat berkenaan rumah sri kenangan, seremban oleh puan siti nor...kemudian peserta dipecahkan kepada 6 kumpulan untuk program gotong -royong di sekita rumah sri kenangan..

sebelah petang  program dimulakan jam 2.30ptg di dewan. program ramah mesra bersama ayah dan ibu angkat..peserta akan diberikan seorang ayah atau ibu angkat dan diminta untuk beramah mesra dan mengetahui latar belakang warga penghuni.

program disambung dengan persembahan daripada peserta kursus untk menghiburkan ibu dan ayah angkat dari rumah sri kenangan, seremban. mereka mempersembahan nyanyian lagu 'che mek molek' dan 'rasa sayang' . warga rumah sri kenangan juga tidak ketinggalan memberikan persembahan kepada peserta kursus dengan persembahan nyanyian oleh pn muhaini(cacat penglihatan sejak lahir).


apa yg nadi chinta boleh berkongsi harga dan ingatlah ayah dan ibu kita selagi mereka masih hidup.pengorbanan mereka tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..

No comments:

Post a Comment

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin