Sambungan Chapter 1....
Setelah kami penat berjalan-jalan di Tasik Taiping, Perak, Kami meneruskan program jalan-jalan IbFilHimza di sekitar bandar Taiping. Untuk info kawan-kawan semua, Di Taiping ada satu Kompleks Membeli-belah yang baru dibina iaitu Taiping Mall. Taiping Mall ini ibarat seperti Aeon Seremban.
Disebabkan Taiping Mall ini baru dibina so tidak terlalu banyak kedai-kedai yang dibuka..IbfilHimza hanya jalan-jalan sambil cuci mata sahaja di Taiping Mall.
Setelah penat program jalan-jalan kami petang tadi, kami pun bersiap-siap untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan isteri nadi chinta di sebuah restoran cina juga berdekatan dengan hotel kami. Walaupun majlis di adakan di Restoran Cina namun keluarga pengantin menyediakan makanan halal yang disediakan oleh caterer luar dan juga semua peralatan yang kami gunakan. Jadi tiadalah rasa sangsi untuk kami menghadiri majlis tersebut.
Untuk majlis malam ini, IbFilHimZa memilih tema color peach untuk pakaian kami. Seperti biasa isteri nadi china mengayakan pakaian yang dibeli ketika Karnival Hijab di PWTC dan dipandankan dengan tudung sequin manakala nc pula menggayakan Kemeja Padini dipadankan dengan Selaur Jeans Hermes..
Inilah Restoran Cina tersebut. Untuk pengetahuan semua Perkahwinan berbangsa cina ini agak simple tidak seperti perkahwinan orang-orang melayu. Kebiasaannya perkahwinan orang berbangsa cina lebih untuk meraikan tetamu dengan makanan-makanan yang menarik. Untuk menu halal kami seperti Ayam Masak Merah, Sotong Goreng Tepung, Ikan Salmon Sweet Sour, Sambal Udang, Acar Buah, Buah-buahan dan juga Nasi Beriyani.
Tengoklah gambar tue..memang terbaik makanan yang disediakan untuk kami yang beragama islam ini. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Rumah aka June (Nama kawan isteri nc) atas jemputan ini.
Untuk acara yang terakhir bagi perkahwinan berbangsa cina ini. Pengantin akan minum bersama-sama dengan kedua-dua belah keluarga sebagai lambang keakraban sesama ahli keluarga. Acara ini akan diketuai oleh pengantin lelaki dan akan menyebut perkataan 'Yamcha' bermaksud marilah minum bersama-sama (betul ke?)....
Tepat jam 11.00 malam majlis pun selesai. IbFil HimZa mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada pengantin serta ahli keluarga di atas jemputan dan layanan yang cukup baik untuk kami semua. Kami doakan semoga pengantin diberikan kebahagian dan dimurahkan rezeki disamping keluarga tercinta.
Sambungan Chapter 3........
No comments:
Post a Comment