Entry baru nc bulan Mac 2015...Seperti biasa azam nc yang masih belum tercapai adalah menjadi lelaki maskulin. Untuk menjadi maskulin nc kena komitmen dan disiplin untuk bersenam. Senam yang menjadi pilihan adalah Zumba...
Untuk info semua, di seremban ada Gym yang baru dibuka iaitu Celebrity Fitness, Palm Mall. Gym ini berdekatan dengan KPJ Specialist Hospital Seremban. Gym ini agak menarik kerana kemudahan-kemudahan yang disediakan di gym tersebut. Kemudahan-kemudahan sukan yang terkini serta ada menyediakan sauna. Di dalam gym ini juga ada menyediakan studio kelas. Kelas-kelas yang ditawarkan seperti body combact, yoga, fast fit, shllbam dan yang paling nc suka adalah kelas zumba yang dikendalikan oleh Kenny.
Kelas zumba yang dikendalikan oleh kenny adalah pada hari selasa jam 6.30 petang -7.30 petang... memang terbaik kelas zumba ini. Korang kena join zumba nie. Walaupun kelas zumba ini hanya 1 jam sahaja tetapi peluh yang keluar memang terbaik....kalau nc habis peluh jantan keluar tanpa henti..
Sekarang nie Celebrity Fitness, Palm Mall menawarkan percubaan sebanyak 5 hari secara percuma. Jadi apa lagi yang ditunggu ' Lets Zumba with NC'....
No comments:
Post a Comment