Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Tuesday, March 24, 2015

Chapter 1: Jalan-Jalan Taiping Bersama IbFilHimza

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..Rasa lama nc tak update blog nie.. So untuk hilangkan rindu korang dgn blog nc nie nc hadiahkan coretan ibfilhimza di taiping, perak.

Sebenarnya tujuan nc dan isteri ke taiping adalah atas jemputan perkahwinan sahabat isteri nc iaitu Ms June...Ini merupakan kali pertama kami menghadiri majlis perkahwinan orang cina..Perjalanan kami bermula jam 9.30 pagi dari Pulaifornia..Perjalanan kami mengambil masa dalam 6 jam dan seperti biasa pit stop kami adalah perhentian RnR Tapah. 

Alhamdulilah IbFilHimza sampai di Taiping, Perak jam 3.00 petang. Penaja Penginapan kami adalah Hotel Panorama, Taiping.. Hotel ini bukanlah taraf 5 bintang tetapi hanya 2 bintang sahaja..Namun apa yang menarikh mengenai hotel ini ialah kedudukan strategik hotel ini yang berada betul-betull di bandar Taiping. Lokasi-lokasi yang menarik berdekatan hotel ini seperti Tasik Taiping dan Taiping Mall... 

Selepas menyelesaikan urusan check-in hotel, Ibfilhimza menunaikan kewajipan yang paling utama iaitu menunaikan solat jamak takhir (Asar dan zuhur). Selesai solat kami bersiap-siap untuk meneruskan program jalan-jalan di sekitar Bandar Taiping. Untuk perkongsian rakan-rakan semua, apabila kita di dalam mode bercuti baik kita manfaatkan program jalan dan explore lokasi-lokasi yang menarik.jangan menghabiskan masa berehat di dalam hotel. 


Lokasi pertama kami adalah Taman Tasik Taiping. Untuk pengetahuan semua, jarak taman tasik taiping dengan hotel kami hanya mengambil masa 10 minit perjalanan sahaja. Taman Tasik Taiping ini cukup menarik dan unik..Dengan Keluasan yang agak besar dengan kewujudan pulau-pulau buatan di serikan dengan pokok-pokok yang kehijauan memberikan ketenangan kepada pengunjung. Berdekatan dengan Taman tasik ini. terdapat Zoo Taiping yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara, 

IbFilHimZa tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan kami berada di taman tasik ini dengan mengmbil beberapa gambar. Nantikan gambar-gambar ibFilHimZa di Taman Tasik Taiping... 

Sambungan Chapter 2......

#TaipingAkuDatang

No comments:

Post a Comment

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin