Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Tuesday, April 7, 2015

Dunia Bola Jaring Lelaki di Malaysia

Nc rasa nak buat entry tentang Sukan Bola Jaring Lelaki Di Malaysia. Mesti korang rasa pelikkan tentang sukan bola jaring lelaki ni.. Kebiasaannya yang diketahui bahawa sukan bola jaring ini dimonopoli oleh kaum wanita.Namun tidak mustahil untuk sukan ini disertai oleh lelaki. 

Di negara-negara seperti Australi, South Africa, dan India telah mengiktiraf sukan bola jaring lelaki dan sebagai contoh Negara Australia telah melaksanakan Mens Netball Championship yang melibatkan beberapa negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Di Malaysia juga terdapat beberapa pasukan bola jaring lelaki iaitu Cobra, Phoenix, legend, Extreme yang sudah lama ditubuhkan. Pasukan-pasukan ini juga aktif di dalam kejohanan-kejohanan bola jaring di Malaysia. 

Baru-baru ini, di Negeri Sembilan juga telah ditubuhkan Pasukan Bola Jaring Lelaki Negeri Sembilan iaitu Stronger NC. Pasukan yang baru beberapa bulan ditubuhkan dan telah menyertai beberapa kejohanan bola jaring seperti Terbuka UPSI, Terbuka INTAN 2014, dan terbuka UPM 2015. Salah seorang daripada pemain pasukan bola jaring lelaki negeri sembilan adalah nc sendiri. 
So inilah pasukan Bola Jaring Lelaki Negeri Sembilan...Masa ini kami menyertai Kejohanan Terbuka Bola Jaring UPM 2014. Pencapaian kami berakhir di peringkat kumpulan. Kami berfikiran terbuka dan mengambil sebagai pendedahan kepada pasukan kami yang baru ditubuhkan. 



Alhamdulilah kami banyak didedahkan dengan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan seperti Pasukan PDRM, KPJ Hospital, Pasukan Kolej Vokasional Ampangan, Politeknik Nilai, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan-jabatan kerajaan. Serba sedikit dengan perlawanan persahabatan ini dapat memantapkan pasukan nc nie. 
Nc harap pasukan bola jaring lelaki negeri sembilan nie akan menjadi pasukan yang gah di arena bola jaring di Malaysia. InsyaAllah. Kepada sesiapa yang ingin mengadakan friendly dengan pasukan bola jaring lelaki N9 bolehlah menghubungi saya selaku Setiausaha Kelab Bola Jaring Stronger (Stronger Netball Club). 
Hoben Jang Hoben...


1 comment:

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin