Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Tuesday, March 31, 2015

Chapter 3: Jalan-Jalan Taiping Bersama IbFilHimZa

Sambungan Chapter 2....

Sebelum ini entry nc menceritakan tentang majlis perkahwinan sahabat isteri nc dan program jalan-jalan sekitar bandar Taiping, Perak. 

Selepas kami check-out hotel, kami pun meneruskan program kami iaitu jalan-jalan cari makan di bandar Taiping, Perak. Isteri nc bagitau di Taiping ini terkenal dengan Mee Udangnya, apa lagi kami pun mencari lokasi yang terkenal dengan mee udang. 

Untuk pengetahuan sahabat semua, Kuala Sepetang, Taiping merupakan lokasi yang popular dengan mee udangnya. Jarak perjalanan dari bandar Taiping ke Kuala Sepetang mengambil masa hanya 20 minit sahaja.
sebagai info semua, di Kuala Sepetang, Taiping, mee udang yang popular adalah Mee Udang Mak Jah. Waktu operasinya bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam. Tapi masa kami sampai di Kuala Sepetang baru pukul 10.00 pagi dan masa itu Mee Udang Mak Jah belum buka. Nasib baik rezeki kami sebelum Warung Mee Udang Mak Jah ada satu lagi Restoran Mee Udang iaitu Mee Udang Mak Teh yang dah mulakan operasi mereka. Kami pun cuba mee udang Mak Teh....Harga untuk semangkuk mee udang adalah bergantung kepada saiz udang. Bagi mee udang di atas itu berharga RM10.00, memang terbaik rasanya. 

nampak tak kepuasaan isteri nc bila mee udang dan ada depan mata. Sambil makan nc dan isteri pun menikmati mee udang mak teh dengan penuh nikmat. Sahabat semua boleh lihat betapa segarnya udang-undang yang diletakkan di dalam mee udang...Setelah kami menikmati mee udang mak teh, rasa tidak puas kalau kami tidak mencuba pula mee udang mak jah yang di katanya popular di Kuala Sepetang, Taiping. 
Alhamdulilah memang rezeki kami, kami dapat juga mencuba mee udang mak jah yang popular tue..Di restoran mee udang mak jah nie mempunyai pelbagai menu termasuk makanan-makan goreng panas. Harga mee udang mak jah pula berbeza iaitu RM13.00 kerana saiz udangnya agak besar berbanding mee udang mak teh. NC nak bagitau kat restoran mee udang mak jah nie ada menjual cucur udang. Untuk info semua, cucur udang nie memang terbaik kerana kuah kacangnya dan bila dimakan ketika panas cucur udang tersebut memang menikam kalbu.

So inilah yang dapat nc n isteri kongsikan bersama sahabat semua tentang tempat-tempat yang menarik di Taiping, Perak. Program jalan-jalan di Taiping bersama IbFilHimza berakhir di sini dan kita akan jumpa lagi dengan entry-entry menarik yang akan nc kongsikan bersama kalian semua.. 

Salam Nadi Chintaku....

No comments:

Post a Comment

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin