Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Wednesday, April 8, 2015

Part 6: The Adventure of IbFilHimZa Jakarta & Bandung 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera sahabat sekalian.

Sekarang tiba masanya untuk buat new entry untuk Part 6: The Adventure of IbFilHimZa Jakarta & Bandung 2014..Amboi sampai sambungan part 6.meletops korangkan... 

So inilah koc keretapi kami yang akan bertolak dari Jakarta ke Bandung. Untuk makluman korang Koc ini sama seperti Koc KTMB, Malaysia. Di Indonesia Koc ini dipanggil kelas pertama. boleh tahan juga koc ini agak selesa.

selfie tetap selfie walaupun di dalam koc keretapi. nampak tak kegembiraan kami buat pertama kali mengembara di luar negara dengan menaiki keretapi. gigihkan IbFilHimZa. Semasa perjalanan kami ke bandung ini, Koc kelas pertama ini fully booked. Oleh itu, nc sarankan kepada yang ingin merasai pengembaraan ke bandung dengan menaiki keretapi harus membuat tempahan awal secara online. 



Sama seperti KTMB, Malaysia, Keretapi ini juga akan berhenti di setiap stesen-stesen utama di Jakarta. Untuk pengetahuan korang, Keretapi di Indonesia juga mempunyai pramugara dan pramugari untuk menyaji penumpang-penumpang makanan dan minuman. Kherlas Mak Jemahkan....Tapi IbFilHimZa tidak memesan makanan kerana sibuk menyaksikan keindahan permandangan sepanjang perjalanan kami.







Korang boleh tengok betapa indahnya permandangan sepanjang perjalanan kami dari Jakarta ke Bandung dengan menaiki pengangkutan keretapi. Saranan nc sekiranya korang nak pergi ke bandung dari jakarta harus menggunakan perkhidmatan keretapi.



Alhamdulilah selepas 3 jam perjalanan kami dari Jakarta ke Bandung dengan menaiki keretapi akhirnya kami selamat sampai ke Stesen Keretapi Bandung. Sebelum apa-apa baik kami mengabadikan kenangan kami di Stesen Keretapi Bandung. Sampai di Bandung kami masih menggunakan perkhidmatan Blue Bird Taxi sebagai langkah keselamatan. Penginapan IbFIlHimZa di bandung masih di taja oleh Hotel Amaris, Bandung... gitteeww.. 

So biarkan kami check-in hotel dulu then baru kita akan ceritakan suka-suki IbFilHimZa di Kota bandung di entry seterusnya. 

Bandung IbFilHimZa Datang,,,



2 comments:

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin