Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Thursday, April 2, 2015

Part 4: The Adventure of IbFilHimZa Jakarta & Bandung 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Rasanya korang mesti perasaan The Adventure Of IbFilHimZa Jakarta & Bandung 2014 terhenti sementara..Al-maklumkan kesibukan kerja membataskan nc untuk meneruskan episod itu. 

Dengan adanya kelapangan masa ini nc meneruskan ceritera IbFilHimZa berbulan madu di Jakarta. Entry sebelum ini menceritakan tentang permulaan program pusing-pusing jakarta dan menunggu supir (Pemandu) lisa menjemput kami di hotel untuk bawa kami pusing-pusing bandar Jakarta. 

ok pengembaraan IbFilHimZa bermula pabila supir lisa sampai di hotel kami. Nama supir kami tue ialah Marco memang orang Indonesia. Sebelum nie nc pernah bagitau Indonesia memang terkenal dengan Kesibukan lalu lintas atau lebih famous ialah ' Macet'... Korang boleh tengok macamana terusnya macet di Indonesia. Lagi satu di Indonesia nie popular dengan laluan tikus. Laluan tikus bermaksud jalan pintas, supir-supir di Indonesia memang pakar berhubung jalan-jalan tikus. Kalau tidak bijak mengenai jalan tikus mungkin korang akan tersekat di dalam macet beberapa jam... 
Korang boleh lihat macetnya indonesia seperti gambar di atas. Untuk info semua Indonesia ini kurang menggunakan lampu isyarat, tapi yang nc pelik jarang nc nampak kemalangan yang berlaku.Yang penting pemandu kena berani kalau tak memang tersekat di dalam macet.Marco (supir kami) memberitahu untuk bawa kami ke Dataran Monumen yang terkenal di Indonesia. Monumen ini merupakan tempat tarikan pelancong dalam dan luar negara. 
Sepanjang perjalanan kami dikenalkan dengan kompleks dan bangunan bersejarah di bandar Indonesia. Alhamdulilah Marco seorang yang peramah so kami x kekok untuk berbual sepanjang program jalan-jalan kami. Sebelum kami pergi ke Monumen Indonesi, Marco membawa kami ke kompleks membeli belah iaitu Pasar Baru, Jakarta. Untuk info korang, Pasar Baru merupakan sebuah kompleks membeli belah yang popular di Jakarta di kalangan pelancong. Pasar Baru menawarkan pelbagai barang-barang serta pakaian. Apa yang menarik perhatian nc adalah baju batik Indonesia. Sememangnya nc suka dengan corak dan design baju batik Indonesia, so nc tak melepaskan peluang untuk membeli beberapa helai. 
Isteri kesayangan nc juga tak melepaskan peluang untuk memborong pakaian-pakaian yang menarik perhatiannya. Cadangan nc kepada kakak-kakak, makcik-makcik serta pakcik-pakcik kena menyediakan wang yang secukupnya kalau tak memang satu hari dah habis berbelanja di Pasar Baru ini.... 
oklah dah penat IbFilHimza shopping di Pasar Baru, Marco membawa kami ke Monumen Indonesia yang popular di Indonesia. Monumen Indonesia ini ibarat Tugu Negara di Malaysia. Monumen Indonesia ini menarik ketika waktu malam kerana pencahayaan. Di sekitar monumen ini terdapat peniaga-peniaga yang menjual souvenir atau cenderahati serta minum dan makanan.
Tidak sah kalau IbFulHimZa mengabdikan kenangan kami di Monumen Indonesia ini. Nasib baik ada marco yang boleh bantu kami untuk mengambil gambar. Nampak tak keceriaan dan kebahagian IbFilHimZa hanya Monumen Nasional Indonesia yang menjadi saksi cinta kami. 
Dan inilah supir kami, Marco yang cukup peramah dan tidak mengeluh untuk melayan IbFilHimZa. Terima kasih tak terhingga kami buat Lisa (Sahabat NC) yang meminjamkan supirnya untuk membawa kami jalan-jalan bandar Jakarta. Hanya Allah swt yang dapat membalas budinya. Hari pertama kami di Jakarta cukup menggembirakan. So korang kena nantikan entry seterusnya yang lebih adventure di dalam pengembaraan IbFilHimZa. 

Dah penat berjalan-jalan seharian di Kota Jakarta, kami melabuhkan tirai hari pertama di bandar jakarta. Esok kami kena bangun awal untuk menaiki Keretapi untuk ke Bandung. So nantikan pengalaman IbFilHimZa menaiki keretapi dari Jakarta ke bandung. 

Selamat malam Malaysia dan Jakarta




 


1 comment:

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin