Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Monday, April 6, 2015

Pasukan Kawad Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... pagi nie terajin plak nak buat entry tentang Pasukan Kawad Pejabat SUK Negeri Sembilan di Hari Kemerdekaan Ke-57 tahun yang berlangsung di Padang MPS, Seremban. 
Nampak tak keikhlasanan nc untuk terlibat di dalam pasukan kawad Pejabat SUKNS...Selfie nie di ambil ketika latihan kawad di Kompleks Belia dan Sukan Paroi atau lebih dikenali sebagai KOMBES....untuk pengetahuan pasukan kawad Pejabat SUK ini hanya berlatih selama 3 hari sahaja. Seperti tahun-tahun sebelum ini saingan rapat pasukan kawad kami adalah pasukan kawad Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Korang boleh tengok bertapa semangatnya pasukan kawad Pejabat SUKN9... Baju tue pun dah menarik perhatian juri-juri untuk memilih kami pasukan terbaik kawad di dalam sektor kerajaan. segak bergayakan wirawan-wirawan Pejabat SUKN9. 

Yang nie adalah sahabat-sahabat baik nc yang juga terlibat dengan kawad di hari kemerdekaan. Sebelah kanan nc tue zaidi yang interframe belakang tue faizal dan yg sebelah kiri nc tue shah yang juga dulu banyak memberi tunjuk ajar semasa nc baru berkhidmat di Pejabat SUKN9 .
Nampak tak semangat wirawan negara di pagi hari kemerdekaan kai ke-57 peringkat Negeri Sembilan..segak bergaya dengan baju korporat serta sarung tangan tue yang tak boleh tahan. hehehe 
Dan inilah pasukan kawad Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di Hari Kemerdekaan Kali ke-57 Peringkat Negeri Sembilan. Untuk info korang,tahun ini juga pasukan kawad kami dinobatkan sebagai Juara Pasukan Kawad bagi Sektor Awam dengan mengalahkan musuh tradisi kami iaitu MPS. Kepada MPS sila cuba lagi di tahun hadapan k... 

yang bestnya tahu nie, nc dan adik kesayangan nc iaitu Mohd Faizal bin Mohd Hussain juga turut sama di dalam Perbarisan Hari Kemerdekaan kali ni.. Adik nc mewakili Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan segak bergaya dengan baju Kebangsaan kita iaitu baju melayu. Alhamdulilah kami adik-beradik mendapat peluang dan rezeki bekerja di dalam sektor kerajaan..

Family serta pakcik, makcik dan sepupu nc juga turut sama menghadiri Hari Kemerdekaan kali Ke-57 Peringkat Negeri Sembilan. Mereka bersemangat nak tengok perbarisan pasukan kami adik-beradik...thanxs pada my auntie, uncle n cousin (cik ami,cik ani, n mira).inilah semangat kami anak-anak merdeka...

So nc berharap kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa berganding bahu bersama dalam membangunkan negara untuk menjadikan negara yang aman damai serta menjadi negara yang maju setanding dengan negara-negara maju yang lain. 

Merdeka...Merdeka...Merdeka.... 

1 comment:

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin