Nadi Chintaku Terus Berdenyut

Nadi Chintaku Terus Berdenyut
#NadiChintaku

Monday, April 6, 2015

Part 5: The Adventure of IbFilHimZa Jakarta & Bandung 2014

Selamat pagi Jakarta.Setelah penat kami ronda-ronda sekitar Jakarta semalam, IbFilHimZa meneruskan pengembaraan kami ke Bandung. Untuk pengetahuan korang kami menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung. Adventure tak? Inilah pengembaraan pertama IbFilHimZa melancong ke luar negara. Kami dah buat tempahan awal tiket keretapi di Malaysia melalui online iaitu PT Keretapi Indonesia (Persero). Sistem pengangkutan keretapi di Indonesia sama seperti KTMB, Malaysia. 
sebelum kami check-out hotel kami sarapan dulu..tengok pinggan nc sikit je kan, al-maklumlah takde selera nak makan hati x sabar nak naik keretapi. Terserlah kegembiraan isteri nc tue kan...Yelah ini merupakan bulan madu pertama kami di luar negara selepas 5 tahun mendirikan istana bahagia kami. 

Dari hotel kami menggunakan perkhidmatan blue bird taxi. Seperti biasa untuk keselamatan kami menggunakan perkhidmatan teksi tersebut. Telah nc katakan macet memang tidak boleh lari. Korang tengok gambar di atas betapa macetnya lalu lintas di bandar Jakarta. Nasib baik kami keluar awal sebab jadual keretapi kami akan tiba pukul 8.30 pagi. 
Alhamdulilah kami selamat sampai ke Stesen keretapi Gambir kira-kira 15 minit daripada Hotel Amaris, Mangga Dua. Sebagai info tempahan melalui online ditawarkan oleh sistem pengangkutan keretapi indonesia. Korang hanya perlu mencetak pengesahan tiket yang dibuat secara online dan apabila sampai di stesen anda hanya perlu memasukkan No.tempahan di mesin yang disediakan. Senang bukan? selepas memasukkan maklumat di dalam mesin, tiket akan dicetak dan anda akan dipanggil masuk kedalam platform berpandukan jadual keretapi yang akan anda naiki. 
 
 
Sementara menunggu panggilan untuk masuk ke platform, kami menunggu di luar pintu masuk.nasib baik ada tempat untuk menunggu. untuk info korang keadaan stesen keretapi gambir di awal pagi memang agak sibuk. so sila pastikan anda menjaga barang-barang berharga anda untuk keselamatan. Selfie tetap pilihan IbFilHimza untuk menghilangkan rasa kebosanan menunggu keretapi. Setelah hampir 2 jam kami menunggu akhirnya kami dipanggil untuk masuk kedalam platform.


Korang boleh tengok keadaan stesen keretapi gambir di Indonesia, sama seperti stesen keretapi di Malaysia. Nampak tak kegembiraan kami untuk menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung. Untuk pengetahuan korang, sebelum nie nc ada citerkan pasa sahabat sekolah nc yang menginap di Jakarta. Dia bagitau nc sepanjang menginap di Indonesia di tak pernah sekalipun menaiki keretapi. So IbFilHimZa memang adventure di percutian kali pertama kami di luar negara. Lama juga kami menanti ketibaan keretapi sebab ada masalah teknikal. Selepas menunggu selama 1 jam keretapi kami pun sampai. 
 
korang nak tahu apa yang berlaku sepanjang perjalanan kami ke bandung dengan menaiki keretapi.. tunggu entry seterusnya..


 


1 comment:

Nadi FikiranKU

  • Anjung Seri
  • Impiana
  • Maskulin